Sunday, 8 October 2017


OLEH: WAN NUR SABIHA BINTI WAN ZAWAWII


APA ITU KEMAHIRAN GENERIK?

             Kemahiran generik atau lebih dikenali sebagai kemahiran insaniah (soft skill) telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para penyelidik  sejak dahulu lagi. Perkara berkaitan kemahiran generik juga turut dibincangkan di semua peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahupun institut pengajian tinggi. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap orang terutamanya pelajar. Menurut Lukman (2005), IPTA yang berkualiti bukan sahaja mampu melahirkkan graduan yang berkualiti dalam akademik, malah turut berkualiti dari segi kemahiran generik.

              Secara umumnya memang tidak terdapat definisi yang tepat mengenai kemahiran generik ini. Walaubagaimanapun, kemahiran insaniah atau soft skill ini boleh dikaitkan dengan personaliti seseorang. Antara elemen-elemen dalam kemahiran insaniah ini ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, kemahiran pemikiran kritis, kemahiran keusahawanan dan kemahiran etika dan nilai profesional. Maka, boleh dikatakan bahawan kemahiran insaniah ini mempunyai tujuh elemen penting.


KI 1
Kemahiran Berkomunikasi (CS - Communication Skills)
KI 2
Kemahiran Kerja Berpasukan (TS - Team Work Skills)
KI 3
Pembelajaran sepanjang hayat (LL - Lifelong Learning)
KI 4
Kemahiran Kepimpinan (LS - Leadership Skills)
KI 5
Pemikiran Kritis (CT- Critical Thinking)
KI 6
Kemahiran Keusahawanan (ES - Entrepreneurship Skills)
.KI 7
Etika dan Moral Profesional(EM - Ethics & Professional Morals)





KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

             Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak iaitu penghantar kepada pihak yang lain iaitu penerima. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran seseorang untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah difahami oleh orang lain.

Takrifan lain mengenai kemahiran berkomunikasi:
  •  Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis
  •  Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan  bersesuaian dengan tahap pendengar
  •  Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
  •  Kebolehan menggunakan teknologi dalam berkomunikasi.


Kepentingan kemahiran berkomunikasi

           Kemahiran berkomunikasi amat penting dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana kita berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu yang penting. Kemahiran ini amat penting bagi pelajar-pelajar kerana mereka menggunakan kemahiran ini semasa proses pembelajaran. Mahasiswa-mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi terutamanya  dari aspek akademik. Kemahiran ini sangat penting dalam hubungan dengan para pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus. Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa, menunjukkan tanda hormat kepada pensyarah dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswa yang tinggi

Jenis komunikasi

1-   Komunikasi lisan
2-   Komunikasi bukan lisan
3-   Komunikasi bertulis

     Komunikasi lisan

         Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Untuk mencapai komunikasi lisan yang baik, seseorang itu perlulah berbahasa dengan baik, menyampaikan pendapat dengan padat, jelas dan mudah difahami oleh orang lain. Komunikasi lisan dipengaruhi oleh beberapa aspek. Antaranya ialah:

  • Perbendaharaan kata
  • Kelajuan
  • Intonasi
  • Humor
  • Singkat dan jelas

Komunikasi bukan lisan

          Komunikasi lisan dan bukan lisan kebiasaanya berlaku serentak. Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan lisan. Antara aspek-aspek yang mempengaruhi kemahiran bukan lisan ialah:

  •   Ekspresi wajah : Menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya. Contohnya   ekspresi muka.

  •   Gaya tubuh dan gaya berjalan : Kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan tahap kesihatan seseorang

  •    Sentuhan : Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan.

  •    Pandangan mata : Melakukan pandangan mata ketika berinteraksi bermaksud orang tersebut   terlibat dan sebagai tanda menghargai si pendengar atau si penutur.
  •    Isyarat : Isyarat seperti menggerakkan tangan untuk menjelaskan sesuatu dapat meyakinkan pendengar.


Komunikasi bertulis

           Penulisan merupakan aktiviti untuk merakamkan idea,pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej,berhubung atau berkongsi maklumat.Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Komunikasi ini berlaku secara spontan dan melibatkan beberapa faktor iaitu:
  • Fakta
  • Gaya
  • Laras
  • Pengolahan
  • Bahasa

Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk dan jenis-jenis teks komunikasi bertulis seperti:
  • Surat rasmi
  • Memo
  • Emel
  • Tulisan ilmiah 

  KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
                
         Definisi kerja berpasukan bermaksud suasana kerja dalam pasukan yang mengamalkan pendekatan penglibatan bersama dan perkongsian idea dalam mencapai sesuatu matlamat yang sama. Kemahiran kerja berpasukan juga melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Selain itu, ia juga boleh didefinisikan sebagai kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.

     Kemahiran kerja berpasukan juga melibatkan kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Dalam kerja berpasukan juga, kita perlulah mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlaku perselisihan faham dalam sesuatu pasukan. Setiap ahli juga perlu bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

Kepentingan kerja berpasukan

          Melalui kerja berpasukan, terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi. Faedah-faedah ini amat penting terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana kebiasaannya pelajar-pelajar akan bekerja dalam pasukan untuk melakukan sesuatu tugasan seperti kerja kursus. Walaupun demikian, bukan pelajar sahaja yang melakukan aktiviti secara berpasukan, malahan golongan lain juga turut berbuat demikian. Contohnya ialah antara guru-guru di sekolah, pekerja-pekerja di syarikat dan lain-lain.  Antara faedah yang boleh diperolehi ialah :

  •  Memupuk kebolehan berkomunikasi , kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin di kalangan ahli pasukan
  •  Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu dikalangan ahli pasukan
  • Melahirkan perasaan bangga dan minat untuk meneroka idea-idea baru dan kesediaan menerima perubahan di kalangan ahli pasukan
  • Memberi peluang dan kesempatan kepada ahli pasukan menyertai proses membuat keputusan
  •  Mengurangkan krisis dan konflik dan mewujudkan suasana harmoni dan selesa



Nilai positif dan negatif

           Dalam kerja berpasukan, terdapat nilai positif dan negatif yang diperolehi. Antaranya ialah :


POSITIF
NEGATIF
Selalu berbincang
Suka buat kerja bersendiri tanpa meminta pandangan orang lain.
Sabar, jarang marah, lemah lembut dan rendah diri
Tidak sabar, marah-marah, kasar, sombong dan bongkak.
Sentiasa senyum dan memberikan keutamaan ahli pasukan yang lain
Selalu bermasam muka dan benci ahli pasukan yang lain
Suka menghasilkan kerja yang paling baik
Tidak peduli dengan hasil kerja











KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

Definisi

         Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi kendiri.  Ia juga boleh dikatakan sebagai pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasikan dan mengupayakan individu untuk menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluaskan pengalaman hidup supaya setiap individu mengambil tanggungjawab dalam perbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi  segala cabaran hidup. ( Ibrahim Ahmad Bajunid 2006, Hargreaves 2004, Aspin et al. 2001, Gelpi 1995).

          Zulkefli (2005) pula mentakrifkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.


Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH)

      Pembelajaran sepanjang hayat boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah home schooling  yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah. Selain itu, pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya juga adalah salah satu proses pembelajaran sepanjang hayat. PSH juga boleh dilakukan melalui pendidikan lanjutan yang berkonsepkan formal dan dijalankan di institusi pengajian. PSH  boleh dilakukan secara pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

Kepentingan PSH

  •  Menambahbaik kebolehan dalam kerjaya
  •  Menggalakkan penglibatan social di tempat kerja dan dalam komuniti
  •  Membantu membangunkan kesedaran tentang diri dan persekitaran
  •  Meningkatkan kualiti dalam konteks pengetahuan, kemampuan kritis dan     kemampuan untuk bertindak

No comments:

Post a Comment

Oleh : Qurratu ;Ain binti Mohd Fakhrey Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir secara kritis ia...