Sunday, 8 October 2017

Oleh: Qurratu 'Ain binti Mohd Fakhrey

Kemahiran kepimpinan


Kemahiran kepimpinan (LS) melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan. Contohnya, seorang ketua kumpulan berkebolehan mengelolai ahli kumpulannya dan seorang guru mampu membimbing murid-muridnya melaksanakan arahan yang diberikan.

 Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin termasuklah sifat pemimpin karismatik iaitu pemimpin yang mempunya daya penarik yang mampu mempengaruhi orang lain. Seseorang pemimpin yang berkarisma mampu memimpin orang bawahannya dengan efisien kerana memiliki pengaruh yang tersendiri. Sebagai contoh, ahli kumpulan akan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh ketua kumpulan yang berkarisma dengan komted kerana berasa selesa dengan pimpinannya. Hal ini dapat mendorong kecemerlangan sesebuah organisasi.

Selain itu, seorang pemimpin juga perlu berpengetahuan luas supaya pelbagai masalah yang timbul dalam sesuatu organisasi dapat diatasi dengan baik. Seorang pemimpin yang mempunyai pengetahuan akan menggunakan akal kebijaksanaannya untuk membantu orang bawahannya menyiapkan tugasan yang diberikan. Contohnya, pemimpin yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi dapat membantu meningkatkan kecemerlangan oraganisasi tersebut dengan menyumbang tenaga atau bimbingan dalam pelaksanaan tugasan yang diberikan yang berkaitan bidang teknologi.

Di samping itu, seorang ketua juga harus menjadi pendorong yang baik terhadap orang bawahannya. Dorongn yang baik dan berterusan oleh seorang ketua dapat memupuk semangat orang bawahan untuk melaksanakan tugasan dengan cara terbaik seterusnya menjamin kecemerlangan oraganisasi tersebut. Sebagai contoh, seorang ketua kelas yang dapat mendorong rakan-rakannya dengan baik akan menyebabkan kerjasama yang baik oleh rakan-rakannya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Seterusnya, nilai dan etika juga perlu dipupuk dalam diri seorang pemimpin. Hal ini bertujuan untuk menjadi contoh dan teladan kepada ahli-ahlinya kerana seorang pemimpin memainkan peranan yang sangat penting dalam pegurusan sesuatu organisasi. Pemimpin yang mempunyai nilai dan etika yang tinggi akan dihormati dan didikuti oleh ahli-ahlinya.

Akhir sekali, terdapat beberapa perkara yang harus diperbetulkan oleh seorang pemimpin seperti arahan yang dikeluarkan tidak jelas dengan mengambil langkah membuat perbincangan mengenai sesuatu arahan yang bakal dikeluarkan terlebih dahulu. Pemimpin juga tidak boleh memaksa orang-orang bawahannya untuk mentaatinya kerana boleh menjejaskan kepercayaan mereka. Pemimpin juga akan kurang dihormati sekiranya melibatkan diri secara tidak berhemah atau mengganggu dalam pelaksanaan tugasan orang bawahannya. Kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada keberkesanan pimpinan ketuanya. 




































No comments:

Post a Comment

Oleh : Qurratu ;Ain binti Mohd Fakhrey Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir secara kritis ia...