Sunday, 8 October 2017

Oleh : Qurratu ;Ain binti Mohd Fakhrey


Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah


Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Menyelesaikan masalah pula adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.

Antara kemahiran berfikir secara kritis termasuklah kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan seseorang individu meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu. Sebagai contoh, kemahiran membaning beza antara dua jenis pekerjaan iaitu doktor dan guru yang melibatkan penggunaan alat berfikir pengurusan grafik.

Selain itu, setiap individu perlu menguasai kemahiran mengkategori iaitu aktiviti minda yang mengelompokkan maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. Misalnya, seseorang itu telah melakukan aktviti mengkategorikan apabila menyaring, menapis dan mimilih maklumat.
Di samping itu, kemahiran meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan juga perlu dikuasai untuk membantu seseorang melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhahan. Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan. Oleh itu, seseorang akan memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekelilingnya.
Seterusnya, proses menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Seseorang itu akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya dia terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan dan akibatnya.

Akhir sekali, kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dapat melatih kebolehan seseorang dalam mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir. Setiap individu juga mampu mencari idea dan penyelesaian alternatif untuk menyelesaikan sebarang masalah. Kebolehan seseorang dalam memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja juga meningkat selain mampu memberi perhatian terhadap tanggungjawab yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Oleh : Qurratu ;Ain binti Mohd Fakhrey Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir secara kritis ia...