Oleh : Qurratu 'Ain binti Mohd Fakhrey
Etika dan moral profesional
Etika bermaksud adat atau keperibadian manakala moral bermaksud satu cara dan bentuk perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia. Elemen etika dan moral profesional (EM) pula merupakan kebolehan sesseorang mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial. Kebolehan ini melibatkan kebolehan memahami kesan dalam amalan profesional selain kebolehan mengamalkan sikap beretika dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
Antara ciri orang yang mengamalkan etika dan moral profesional termasuklah penerapan nilai adab sopan dalam kehidupan seharian. Orang yang beradap sopan akan disenangi oleh orang sekeliling kerana selesa berada bersamanya. Penerapan nilai ini merangkumi semua aspek iaitu beradap sopan terhadap diri sendiri, masyarakat, dan kumpulan. Contohnya, pelajar yang beradab sopan akan disenagi oleh gurunya.
Selain itu, setiap individu juga perlu merapkan nilai bertanggungjawab dalam diri supaya memberi kebaikan kepada semua pihak. Hal ini kerana pelbagai tanggungjawab yang dimiliki oleh masyarakat yang berbeza menyebabakan setiap orang perlu mempunyai sikap brttanggungjawab yang tinggi demi mengelakkan pelbagai masalah. Sebagai contoh, pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugasannya tidak akan melakukan perbuatan plagiat.
Di samping itu, penerapan nilai berilmu pengetahuan juga pentig dalam diri setiap individu untuk membolehkannya melaksanakan pelbagai tugasan dengan sempurna. Orang yang berilmu pengetahaun akan menggunakan akal kebijaksanaannya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Hal ini akan memudahkan kelancaran pelbagai urusan yang dijalankan.
Seterusnya, nilai berfikiran positif juga perlu wujud dalam diri setiap insan supaya pelbagai matlamat dapat dicapai. Hal ini kerana orang yang berfikiran positif adalah bermotivasi untuk menghadapi semua cabaran dalam mencapai matlamatnya. Mereka mempunyai kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk mendapatkan apa yang dikehendaki menyebabkan mereka dapat mengatasi segala masalah yang mendatang.
Akhir sekali, sikap-sikap negarif perlu dielakkan untuk menguasai elemen etika dan moral profesional termasuk sikap cepat putus asa yang mampu melemamahkan motivasi seseorang individu itu. Sikap sombong dan riak juga perlu dihindari kerana dibenci oleh masyarakat selain mengelakkan sikap malas yang hanya merugikan diri sendiri. Setiap individu juga mesti mengelakkan sikap pemarah yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Oleh itu, etika dan moral profesional menekankan sifat-sifat diri yang baik yang perlu ada pada diri seseorang. Pemupukan sifat-sifat yang baik menjadi asas kepada kejayaan pelajar.
No comments:
Post a Comment