Sunday, 8 October 2017


 Oleh : Qurratu 'Ain binti Mohd Fakhrey


Kemahiran keusahawanan

Keusahawanan ialah proses untuk mencipta dan mengembangkan perniagaan untuk pembangunan masyarakat. Kemahiran keusahawanan (KK) pula merupakan keupayaan seseorang untuk meneroka peluang, merangka perancangan, dan mengembangkan sesuatu perniagaan dengan kreativiti tersendiri untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan ialah semangat daya saing yang tinggi untuk membolehkannya menonjolkan diri dalam perniagaan. Keupayaan ini dapat meembantu seseorang usahawan menjalankan perniagaan dengan berkesan kerana terdapat persaingan yang tinggi dalam dunia perniagaan. Pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk memajukan perniagaan.

Selain itu, seorang usahawan yang berjaya memiliki kecekalan yang tinggi untuk mengharungi alam perniagaan. Hal ini kerana terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi untuk menjayakan sesuatu perniagaan seperti risiko kerugian dan sebagainya. Seorang usahawan yang cekal akan mampu bertahan dalam dunia perniagaan untuk memajukan perniagaannya demi kemakmuran masyarakat dan negara.

Di samping itu, seorang usahawan perlu memiliki kemahiran merebut peluang yang ada dalam bidang ini seperti mengetuai projek-projek besar yang menguntungkan serta mampu mengenalpasti potensi yang wujud dalam perniaagaan. Hal ini dapat menjamin kestabilan sesuatu perniagaan dalam jangka masa yang lama berikutan keupaayaan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh seseorang usahawan.

Seterusnya, komitmen yang baik oleh seorang usahawan mampu membantu dalam memajukan sesuatu perniagaan. Hal ini kerana seorang usahawan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kecemerlangan sesuatu perniagaan yang dijalankan. Komitmen yang baik dapat mengelakkan pelbagai masalah yang boleh menggugat kestabilan perniagaan.




Akhir sekali, pelbagai sumbangan yang diberikan oleh seseorang usahawan kepada masyarakat dan negara termasuklah mewujudkan peluang pekerjaan yang tinggi. Hal ini kerana sesuatu perniagaan yang berjaya dinaungi oleh pekerja yang ramai. Selain itu, usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat denagn menyediakan pelbagai barangan dan perkhidamatan dalam perniagaan yang dijalankan. Usahawan juga dapat menyumbang terhadap pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.











































No comments:

Post a Comment

Oleh : Qurratu ;Ain binti Mohd Fakhrey Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir secara kritis ia...